Datuk Shaziman Abu Mansor iaitu Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengeluarkan kenyataan bahawa sekatan terhadap penggunaan laman web Malaysia today ditarik balik dan berkuat kuasa serta merta sejak 11 september 2008. keputusan ini dicapai dalam mesyuarat cabinet yang dijalankan pada 10 september 2008 bertujuan bagi menggalakkan rakyat menggunakan Internet sebagai medium penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini(globalisasi). Hal ini juga ekoran menghormati hak kebebasan rakyat untuk menyuarakan pendapat masing-masing ekoran Negara ditadbir berasaskan kepada pentadbiran demokrasi yang mana rakyat bebas menyuarakan pendapat mereka disamping memilih pemimpin yang dirasakan layak memimpin Negara. Sekatan ke atas Malaysia Today berhubung beberapa artikel penulis blog itu dan tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad s.a.w ditarik balik sehingga siasatan ke atasnya selesai.
Sehubungan itu, satu jawatankuasa akan ditubuhkan yang dianggotai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memantau secara teliti laman-laman web yang didapati mempunyai unsur-unsur hasutan atau perkauman dan menghina agama sehingga menjejaskan keselamatan serta keharmonian Negara akan dikenakan tindakan paling tegas termasuk mengikut ISA.
Persoalan:Adakah pengembalian webside Malaysia Today memberi satu ruang demokrasi kepada rakyat.
Disediakan oleh: Nurul Asyikin bt Abu Seman
A Vision of Students Today
16 years ago
No comments:
Post a Comment