Sunday, August 10, 2008

ISA - keganasan putih???




Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 juga dikenali sebagai Internal Security Act (ISA).
ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan di Malaysia.
ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan untuk mempertahankan hak asasi manusia.

ISA juga dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror). Walaupun ISA membantu negara untuk membasmi penentangan dan perdebatan terbuka, namun ISA tetap ditakuti dan dibenci oleh masyarakat.


Dirujuk dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia#Cawangan_Khas pada 10 Ogos 2008
Dari aspek demokrasi, adakah hak asasi manusia dipertahankan? Adakah ISA dan cawangan khas polis ditubuhkan untuk kepentingan keselamatan dalam negara atau untuk pihak yang mempunyai kepentingan diri?

Contoh kes :
19 orang ditahan dan telah dibebaskan pada awal tahun 2006. Mereka dituduh oleh kerajaan sebagai ahli “jemaah islamiyah (ji)”, iaitu satu kumpulan yang dikatakan terlibat dalam kegiatan pengganas.

Kerajaan telah gagal mempamerkan sebarang bukti untuk menyokong tuduhan terhadap tahanan-tahanan tersebut. Namun begitu, tahanan-tahanan telah ditahan tanpa bicara selama empat tahun.

Penahanan tanpa bicara jelas melanggar prinsip syariah dan keadilan dalam perundangan Islam. Islam merupakan agama rasmi dalam Malaysia dan konsep Islam Hadhari mengutamakan keadilan dan kesaksamaan. Sekiranya bukti yang kukuh tidak dapat dipamerkan untuk menyokong tuduhan tersebut, adakah keadilan wujud apabila mereka ditahan tanpa perbicaraan???

Penahanan tanpa bicara jelas merupakan satu pencabulan hak asasi manusia. Perkara 9 dalam perisytiharan hak asasi manusia sejagat 1948 (universal declaration of human rights) yang diakui oleh seluruh dunia mengatakan, “tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.”

















Dipetik daripada
http://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar&kerja=tengok&id=13 pada 10 Ogos 2008.

TERDAPAT KRITIKAN TERHADAP ISA :

Dari dalam negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang pernah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Dari luar negara

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat". Pada 2004 pula, Bush telah bertukar pandangan dan mengatakan bahawa "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam". Pertukaran pendirian Bush mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta PATRIOT selepasnya.

No comments: