Sunday, August 10, 2008

National Security Agency


National Security Agency (NSA) - di bawah Kerajaan Amerika Syarikat,merupakan sebahagian daripada “United States Department of Defense” yang ditubuhkan pada 4 November 1952.

NSA bertanggungjawab untuk mengumpul dan menganalisis “foreign communications and foreign signals intelligence”. NSA turut memantau rangkaian-rangkaian komputer dalam agensi persekutuan Amerika Syarikat untuk melindungi mereka pada serangan.




Sistem pengawasan yang digunakan untuk memerhati tingkah laku orang ramai bagi tujuan sekuriti atau kawalan sosial dengan penggunaan teknologi seperti berikut :
· Penjejakan melalui GPS
· Kapal terbang peninjauan, contoh Lockheed U-2
· Satelit ,Internet dan pengawasan komputer
· Televisyen litar tertutup (CCTV)




Sekiranya teknologi pengintipan (surveillance) digunakan, adakah hak dan kebebasan individu seseorang itu dicabuli apabila dikaitkan dengan jaminan keselamatan negara? Adakah ini mampu untuk menjamin kebebasan dan hak individu? Ataupun digunakan untuk kebaikan pihak yang berkepentingan sahaja?



Menurut 'Enemy of the State'
-banyak teknologi pengawasan telah digunakan oleh N.S.A. untuk menjamin keselamatan negara.
-America’s Secret Police turut ditubuhkan untuk mengawasi tindak tanduk ahli kumpulan Nazi pada masa dahulu.






-Adakah teknologi pengawasan digunakan untuk kepentingan negara? Ataupun untuk menyembunyikan kesalahan dirinya sendiri serta mengukuhkan kedudukannya? Bayangkan apa yang akan terjadi kepada kehidupan seharian kita sekiranya segala tindak-tanduk kami diawasi oleh pihak yang berkuasa. Apa yang kita mampu buat, sebagai seorang rakyat apabila hak dan kebebasan kita telah dicabuli?





-Maklumat peribadi tentang Robert Dean telah dicabuli oleh pihak NSA. Kemudian, rumahnya dicerobohi apabila ia dipasang dengan teknologi-teknologi pengawasan seperti CCTV, alat pengesan, alat pencuri dengar, “phone tapping” dan sebagainya Selain itu, kad kredit, kad ATM dan telefon bimbitnya turut tidak dapat digunakan akibat daripada sekatan yang dilakukan oleh pihak N.S.A.


Walaupun keselamatan Negara adalah penting, hak dan kebebasan individu juga harus dihormati dan tidak diabaikan.



No comments: